ikhlas dari hati ,teristimewa buatmu...
Monday, March 21, 2011
"Ketika Allah Memilihmu Untukku..".
Posted by ibrah khadija' at 8:47 PM 0 comments
Wednesday, February 16, 2011
Titipan Buat Wanita
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Posted by ibrah khadija' at 1:30 AM 0 comments
Sunday, January 30, 2011
SURAT CINTA DARI ALLAH
Maha suci Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, maha mengetahui segala yang terbaik buat hambaNYA.
Sesungguhnya seorang insan itu adalah sebaik baik ciptaan Allah. Dikurniakan akal dan fikiran yang indah sebagai menyempurnakan ciptaanNYA untuk kita, hambaNYA yang begitu kerdil dan naïf. Maha suci Allah yang lebih mengetahui apakah kedukaaan,KESAKITAN dan kekecewaan itu adalah kifarah atas kekhilafan kita dimasa lalu mahupun didatangkan ujian yang bermacam itu demi untuk meningkatkan cinta kita padaNYA. Subhanallah.Nikmat juga tanda cintanNya yang tidak ternilai...
Begitu tertib dan cantik takdir yang diberikan Allah buat setiap hambaNYA.Takdirnya tercipta siap buat kita...
Setiap jahitan benang takdir tersimpul dengan hikmah yang amat berguna...tanda kasihnya buat sang hamba...
Serangan kesakitan yang dihadapi beberapa ketika yang lalu membuatkan saya lemah layu tak bermaya hingga merasa tiada hidup selepas itu tetapi sangat mengingati pesan hadis ketika itu bahawa:
Kekukuhan kasih sayang dan cara dia memenuhi setiap permintaan mak sepanjang dirumah mak juga membuatkan hati semakin tertawan dan membuatkan saya percaya yang dia adalah ciptaan terbaik buatku...sangat baik...sangat menghormati...sangat menjaga....
Thanks juga kat mak yang jaga saya diwaktu sakit...sangat menghargai kasih sayang mak...tak ternilai....
Beberapa hari mengenali mak membuat kasih sayang buat mak menebal...berazam nak jadi menantu terbaik buat mak...prinsip saya"kalau mak tak sayang sayang pun sayang tak pe..tapi takmau sampai mak benci saya"...itu saya pegang...tapi saya akan berusaha untuk memenuhi setiap permintaan mak dan tanggungjawab saya terhadap mak...dan kini saya semakin yakin,keluarga mak dan abah adalah keluarga yang sayang dambakan selama niyy...
Abah telah selesai menjadi pemimpin terbaik buat keluarga...sangat mengagumi abah...besyukur sangat dapat abah sebaik abah...
Sekarang saya rasa saya dah dapat surat cinta dari Allah yang saya nantikan selama tujuh tahun...surat cinta yang amat saya nantikan...Thanks Allah...sesungguhnya Kau memang maha pemurah...memberi dan memenuhi setiap perminta hambaMU samaada cepat atau lambat...DIA lah Al-wahhab..maha pemberi dan kadang-kadang memberi tanpa diminta...
Surat Cinta Darinya Yang Amat Kunantikan...terselit Hikmah yang mendalam atas kesusahan ku selama ini...terbayar dengan kasih sayang dari insan....thank you Allah...LUV U Allah...
Posted by ibrah khadija' at 8:52 PM 0 comments
Sunday, January 23, 2011
Bicara Tanpa Suara
Salam Alaik.
Syukur...Setelah sekian lama mengimpikan nak create blog sendiri akhirnya terlaksana....
Seronok sangat dan rasa tak sabar nak berkongsi ilmu dengan kalian kerana ini lah hadiah bicara tanpa suara dari saya...
Harapnya blog ianya akan menjadi hikmah yang berguna buat kita...InsyaAllah...
ikhlas dari saya buat kalian semua...sahabat2 ku...
Posted by ibrah khadija' at 6:16 PM 0 comments