BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 30, 2011

SURAT CINTA DARI ALLAH

Maha suci Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, maha mengetahui segala yang terbaik buat hambaNYA. 

Sesungguhnya seorang insan itu adalah sebaik baik ciptaan Allah. Dikurniakan akal dan fikiran yang indah sebagai menyempurnakan ciptaanNYA untuk kita, hambaNYA yang begitu kerdil dan naïf. Maha suci Allah yang lebih mengetahui apakah kedukaaan,KESAKITAN dan kekecewaan itu adalah kifarah atas kekhilafan kita dimasa lalu mahupun didatangkan ujian yang bermacam itu demi untuk meningkatkan cinta kita padaNYA. Subhanallah.Nikmat juga tanda cintanNya yang tidak ternilai...
Begitu tertib dan cantik takdir yang diberikan Allah buat setiap hambaNYA.Takdirnya tercipta siap buat kita...
Setiap jahitan benang takdir tersimpul dengan hikmah yang amat berguna...tanda kasihnya buat sang hamba...

Serangan kesakitan yang dihadapi beberapa ketika yang lalu membuatkan saya lemah layu tak bermaya hingga merasa tiada hidup selepas itu tetapi sangat mengingati pesan hadis ketika itu bahawa:

"Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebab itu, sebahagian dari dosa-dosanya. " (Hadis Riwayat Bukhari)
 
...tapi dapat saya rasakan kesakitan kali ini diiringi besama kasih sayang dari sang hamba yang amat istimewa...ssesungguhnya tuhan tak membiarkan aku sakit sendirian..Dia hadirkan ujian dan Dia hadirkan ubatnya.Terima kasih kerana mengurniakan DIA buatku...kasihnya amat dalam buatku...YaAllah...jadikanlah dia insan terbaik yang pernah kutemui dalam hidupku...kerisauannya membuatkan aku lebih kasih kepadanya...


Kekukuhan kasih sayang dan cara dia memenuhi setiap permintaan mak sepanjang dirumah mak juga membuatkan hati semakin tertawan dan membuatkan saya percaya yang dia adalah ciptaan terbaik buatku...sangat baik...sangat menghormati...sangat menjaga....


Thanks juga kat mak yang jaga saya diwaktu sakit...sangat menghargai kasih sayang mak...tak ternilai....
Beberapa hari mengenali mak membuat kasih sayang buat mak menebal...berazam nak jadi menantu terbaik buat mak...prinsip saya"kalau mak tak sayang sayang pun sayang tak pe..tapi takmau sampai mak benci saya"...itu saya pegang...tapi saya akan berusaha untuk memenuhi setiap permintaan mak dan tanggungjawab saya terhadap mak...dan kini saya semakin yakin,keluarga mak dan abah adalah keluarga yang sayang dambakan selama niyy...


Abah telah selesai menjadi pemimpin terbaik buat keluarga...sangat mengagumi abah...besyukur sangat dapat abah sebaik abah...


Sekarang saya rasa saya dah dapat surat cinta dari Allah yang saya nantikan selama tujuh tahun...surat cinta yang amat saya nantikan...Thanks Allah...sesungguhnya Kau memang maha pemurah...memberi dan memenuhi setiap perminta hambaMU samaada cepat atau lambat...DIA lah Al-wahhab..maha pemberi dan kadang-kadang memberi tanpa diminta...


Surat Cinta Darinya Yang Amat Kunantikan...terselit Hikmah yang mendalam atas kesusahan ku selama ini...terbayar dengan kasih sayang dari insan....thank you Allah...LUV U Allah...

Sunday, January 23, 2011

Bicara Tanpa Suara

Salam Alaik.
Syukur...Setelah sekian lama mengimpikan nak create blog sendiri akhirnya terlaksana....
Seronok sangat dan rasa tak sabar nak berkongsi ilmu dengan kalian kerana ini lah hadiah bicara tanpa suara dari saya...
Harapnya blog ianya akan menjadi hikmah yang berguna buat kita...InsyaAllah...
ikhlas dari saya buat kalian semua...sahabat2 ku...